Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK)

Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti ditubuhkan pada 9 Jun 2014 diketuai oleh seorang Pengarah berpangkat Komisioner Polis dan dibantu oleh dua Timbalan Pengarah iaitu Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik) dan Timbalan Pengarah (Operasi).
Objektif

Objektif utama Jabatan ini adalah untuk merangka strategi, melaksanakan inisiatif-inisiatif dengan objektif untuk mengurangkan jenayah dan meningkatkan persepsi keselamatan.
Visi

Peneraju utama pencegahan jenayah bagi mengekalkan Malaysia aman dan sejahtera.

Misi

Mencegah jenayah secara holistik ke arah pengwujudan komuniti sejahtera.

Sejarah Penubuhan JPJKK

Kerajaan Malaysia pada tahun 2009 telah mengumumkan satu pelan transformasi kerajaan (Government Transformation Plan, GTP) di mana enam (6) bidang keberhasilan utama negara (National Key Result Area, NKRA) telah dikenalpasti.
Salah satu darinya ialah NKRA – Mengurangkan Jenayah di mana kajian-kajian telah menunjukkan bahawa rakyat agak bimbang dan meletakkan isu jenayah sebagai satu isu yang penting untuk ditangani oleh kerajaan. Agensi pelaksana bagi bidang yang telah mensasarkan 55 inisiatif ini ialah PDRM.

Justeru pada hujung tahun 2009, satu Urusetia NKRA telah diwujudkan untuk melaksanakan semua inisiatif yang telah dikenalpasti.
Pada tahun 2013, sesi percambahan minda telah diadakan untuk mengkaji dan melihat kesesuaian untuk diwujudkan satu jabatan baru bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab pencegahan jenayah secara mantap dan bersepadu.
Pada 1 Julai, 2013, Ketua Polis Negara telah mengumumkan penubuhan Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah (JPPJ) sempena perasmian IPD Sg. Siput, Perak.
Bagi memantapkan lagi struktur organisasi jabatan baru ini, beberapa siri simulasi telah diadakan di IPD Petaling Jaya dan Balai Polis Damansara di samping menyampaikan taklimat kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tentang untuk penyediaan kertas kabinet bagi mewujudkan satu jabatan baru khusus untuk pencegahan jenayah yang lebih fokus dan sesuai dengan kehendak semasa.

Ini diikuti dengan beberapa taklimat kepada Jawatankuasa Pembangunan Organisasi (JPO) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi memperhalusi struktur organisasi jabatan baru ini.
Pada 9 Jun 2014, Waran Perjawatan K69 telah diluluskan dan pada 25 Julai 2014 secara rasminya Jabatan Pencegahan Jenayah & Keselamatan Komuniti (JPJKK) telah diumumkan penubuhannya oleh Tan Sri Ketua Polis Negara.
Fungsi-fungsi
1. Mencegah jenayah
• Pendekatan proaktif dan bersepadu bagi mencegah jenayah.
2. Menghapus peluang jenayah

• Menghapuskan peluang melakukan jenayah, mengesan dan menangkap untuk mengekang dari perlakuan jenayah.
3. Menghapus niat jenayah

• Menghapuskan hasrat untuk melakukan jenayah.
4. Memperkasa komuniti

• Mendidik serta membudayakan masyarakat tentang tanggungjawab bersama dalam mencegah jenayah.
5. Menangani persepsi negatif masyarakat

• Menangani dan mengurangkan persepsi masyarakat tentang isu keselamatan.
6. Penasihat komuniti

• Memainkan peranan konsultatif kepada komuniti, institusi pendidikan, institusi perniagaan, agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan.

Bahagian-bahagian JPJKK

JPJKK dibahagikan lima(5) bahagian di mana setiap bahagian diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah (KPP) berpangkat SAC dan seorang Urusetia berpangkat ACP dengan tanggungjawab seperti berikut:
1. Bahagian Pengurusan Dasar / Sumber
• Pentadbiran
• Perjawatan
• Kewangan
• Sokongan Logistik
• Latihan
2. Bahagian Operasi Darat
• Mobile Patrol Vehicle (MPV)
• Unit Rondaan Bermotosikal (URB)
• Bit Rondaan
• E-Sector
3. Bahagian Kordinasi Sumber Sokongan
• Polis Bantuan (PB)
• Simpanan Sukarelawan Polis (SSP)
• Suksis
• Kor Kadet Polis
4. Bahagian Kepolisan Komuniti
• Kolaborasi Bersepadu
• Kepolisan Masyarakat
• Kordinasi Persatuan / Sekolah
• Komuniti Perniagaan
• Rakan Cop
5. Bahagian Pendataan / Analisis
• Analisis Data Jenayah
• Pendataan
• Sistem Pemantauan Bandar Selamat (SPBS)
6. Urusetia JPJKK