#JomBeringat BAHAYA GULA-GULA GHOST SMOKE

#JomBeringat BAHAYA GULA-GULA GHOST SMOKE

Baru-baru ini tular di laman media sosial mengenai gula-gula dikenali sebagai ‘ghost smoke’ yang mengeluarkan asap seakan-akan rokok apabila disedut, dijual kepada murid sekolah.

Timbul beberapa kebimbangan kepada kanak-kanak melihatkan gejala ‘ghost smoke’ ini yang berpotensi menjadi wabak dalam kalangan kanak-kanak dan remaja di negara ini.

Bermula dengan gula-gula kemudian berubah angin kepada rokok dan tidak mustahil kepada gam dan dadah.

Jika tidak dibendung dikhuatir ia mampu mendorong mereka terus terjerumus dalam gejala sosial yang lebih besar.

#JomBeringat dan elak diri sebagai penyumbang kepada kerosakan kesihatan fizikal dan sahsiah pelajar.

Sumber Berita : PDRM Official https://www.facebook.com/161086313901684/posts/2598023490207942/
Sumber Infografik : KPDNHEP