“BEWARE. BE AWARE: STOP THE SCAMMERS” POLIS KUALA LUMPUR DAN CIMB BANK

Kuala Lumpur 11 Dis – Baca jika tidak mahu menjadi mangsa “cyber crime“.
Program Seminar Kesedaran jenayah siber telah diadakan di Dewan Srivijaya, Menara Bumiputra Commerce, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Seramai 600 orang peserta telah menghadiri program pencegahan jenayah siber anjuran bersama JSJK Polis KL bersama pihak CIMB Bank dengan kerjasama CIMB Foundation.

Kempen pencegahan jenayah siber ini telah dibahagi kepada dua sesi di mana sesi pertama yang bermula pada jam 9.00 pagi dihadiri oleh wakil Rukun Tetangga dan Ketua Persatuan Penduduk.

Sesi kedua yang bermula pada jam 3.00 petang turut dihadiri semua Ketua Jabatan, Ketua Polis Daerah Kuala Lumpur, wakil dari agensi kerajaan, Persatuan Bekas Polis, Malaysia Crime Prevention Foundation, pengetua-pengetua sekolah dan juga NGO.

Objektif kempen ini diadakan adalah untuk memberi pendidikan dan kesedaran kepada masyarakat supaya tidak menjadi mangsa kepada jenayah siber.

Pameran turut diadakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Unit D11 Jabatan Siasatan Jenayah, Amanita dan juga kaunter penyemakan saman oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik turut menarik perhatian orang ramai yang menghadiri majlis ini.

Selain dari itu ceramah dan forum berkenaan jenayah siber yang telah disampaikan oleh Supt. Mohd. Mahidisham b. Ishak, T/KJSJK Jenayah Pemalsuan/Pelaburan Bersindiket/Siber, Kuala Lumpur dan ahli panel forum terdiri daripada YBhg. Dato’ Ahmad Noordin bin Ismail, bekas T/PJSJK (Jenayah Siber & Multimedia, PDRM Bukit Aman, YBhg. Datin Mai Zairani Zainal Abidin, Ketua Bahagian Siasatan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan YBhg. Mr Kwan Keen Yew, Chief Compliance Officer, CIMB Group.

Kemuncak majlis adalah pelancaran kempen pencegahan jenayah siber bertema: “Beware. Be Aware: Stop The Scammers” oleh YDH Datuk Seri Mazlan bin Lazim, Ketua Polis Kuala Lumpur dan Yang Mulia Tengku Dato’ Sri Zafrul Aziz, Group CEO of CIMB Group. Turut ditayangkan 3 video pendek lakonan semula berdasarkan kisah benar yang dialami oleh mangsa kes penipuan Penyamaran Atas Talian (Macau Scam), Pinjaman Tidak Wujud dan Afircan Scam telah ditunjukkan dengan mesej peringatan padat disampaikan kepada para jemputan.

Di samping itu, portal khas untuk semakan ke atas nombor akaun bank dan nombor telefon digunakan oleh ahli sindiket telah dihebahkan dalam majlis ini. Portal ini adalah seperti berikut: http://ccid.rmp.gov.my/semakmule.

Orang ramai juga diseru untuk menyalurkan maklumat berkenaan jenayah siber melalui nombor telefon berikut:-

Hotline Polis Kuala Lumpur 03-21159999
Hotline JSJK Kuala Lumpur 03-21466245
Pusat Kawalan Polis Kuala Lumpur 03-21460522 samb. 584/ 585

Majlis selesai dengan jayanya pada jam 6.00 petang.

Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada

Sumber: Facebook JP JKK KL