KEMPEN CEGAH JENAYAH & RASUAH MASYARAKAT BERINTEGRITI & SEJAHTERA

KEMPEN CEGAH JENAYAH & RASUAH
MASYARAKAT BERINTEGRITI & SEJAHTERA

Anjuran: Pertubuhan Aktivis Masyarakat Malaysia

Dengan Kerjasama:
Polis Diraja Malaysia
Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur
Masyarakat Bandara Kuala Lumpur

Tarikh: Oktober 2018 – Jun 2019

‘Usaha PAMM ini sangat penting bagi memotivasikan rakyat dan warga Bandaraya Kuala Lumpur yang berbilang kaum dan agama serta negara asal supaya saling memahami dan hormat menghormati serta bersatu padu dalam usaha pencegahan pelbagai bentuk jenayah di Bandaraya Kuala Lumpur supaya masyarakat dapat hidup aman damai dan Kuala Lumpur terus menjadi Pusat Pelancongan Utama negara.’


BINGKISAN

Saya sukacita menyokong penuh dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Dato’ Mohamad Mustaffa Idrus dan Pertubuhan Aktivis Masyarakat Malaysia (PAMM) kerana proaktif dan prihatin terhadap isu Pencegahan Jenayah & Rasuah serta kepentingannya dalam penghidupan Masyarakat Berintegriti & Sejahtera sehingga berjaya menganjurkan PROGRAM KEMPEN CEGAH JENAYAH & RASUAH – MASYARAKAT BERINTEGRITI & SEJAHTERA.

Usaha PAMM memang tepat pada masanya kerana dalam konteks hari ini kita mahukan masyarakat dan NGO terlibat secara aktif untuk membangunkan diri & keluarga, prihatin mengurus masyarakat serta bersungguh-sungguh membangun negara secara kolektif dan saling bekerjasama antara Masyarakat, Kerajaan dan
Swasta.

Seterusnya saya memohon semua pihak membantu PAMM dalam pelbagai bentuk kerjasama, penajaan serta sumbangan bagi menjayakan Program yang strategik ini.

InsyaAllah, usaha murni tersebut berjaya dan Masyarakat di seluruh negara akan lebih prihatin terhadap Pencegahan Jenayah & Rasuah.

Sekian.

YAB. Tun Dr. Mahathir Mohamad
Perdana Menteri Malaysia


MUTIARA KATA

Saya teruja apabila Pengerusi Pertubuhan Aktivis Masyarakat Malaysia (PAMM), YBhg. Dato’ Mohamad Mustaffa Idrus mencadangkan suatu jalinan kerjasama antara PAMM dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) serta Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk melaksanakan ‘PROGRAM CEGAH JENAYAH & RASUAH – MASYARAKAT BERINTEGRITI DAN SEJAHTERA.’

Sukacita, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan mengambil peluang ini bagi lebih mendekati dan mendedahkan kepada Masyarakat bahawa sumbangan dan sokongan kepada usaha-usaha pencegahan jenayah oleh Masyarakat sangat kritikal dan diperlukan dalam membantu pihak PDRM di seluruh negara.

Pelbagai kaedah dan pendekatan Pencegahan Jenayah & Rasuah akan diperkenalkan kepada aktivis dan Masyarakat umum supaya mereka bersiap sedia dalam dalam apa juga
suasana untuk menabur bakti secara sistematik dan selamat.

Saya yakin kerjasama ini akan diterima baik oleh Masyarakat, menjadi contoh serta menyemarakkan lagi semangat dan kerja kuat PAMM dan PDRM dalam kerja-kerja Pencegahan Jenayah & Rasuah setiap hari.

Sekian, terima kasih.

YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohamad Fuzi Harun
Ketua Polis Negara


SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG

Saya berterima kasih dan menghargai inisiatif Pertubuhan Aktivis Masyarakat Malaysia (PAMM) yang dipimpin oleh YBhg. Dato’ Mohamad Mustaffa Idrus bagi menjalin
kerjasama dengan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dalam melaksana ‘PROGRAM KEMPEN CEGAH JENAYAH & RASUAH – MASYARAKAT BERINTEGRITI DAN SEJAHTERA’.

Kerjasama ‘Polis dan Masyarakat’ anjuran PAMM ini dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti inovatif dan kreatif ke arah meningkatkan lagi keperihatinan Masyarakat terhadap perkara Pencegahan Jenayah & Rasuah. Ini kerana keperihatinan dan penglibatan aktivis dan setiap ahli Masyarakat terhadap usaha mencegah jenayah & rasuah merupakan salah satu komponen penting yang kritikal dalam membantu pihak Polis untuk membangunkan Masyarakat Berintegriti & Sejahtera.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohamad Fuzi
Harun, Ketua Polis Negara kerana berkeyakinan dengan PAMM untuk mempelopori kempen ini di Kuala Lumpur dan mudah-mudahan di seluruh negara pada masa yang sesuai.

Pasukan Polis Kontinjen Kuala Lumpur akan memberikan kerjasama erat dan terus mendekati Masyarakat dalam menjalankan khidmat 24 jam sehari sepanjang tahun.

Sekian, terima kasih.

Dato’ Seri Mazlan Lazim
Ketua Polis Kuala Lumpur


SETINGGI-TINGGI TERIMA KASIH

 

Marilah kita sama-sama bersyukur kerana hasrat Pertubuhan Aktivis Masyarakat Malaysia (PAMM) ‘menggerakkan inisiatif strategik kerjasama PAMM dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) serta Ibu Pelabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dapat dilaksanakan dengan penuh jayanya.’

Usaha PAMM ini selari dengan usaha Kerajaan memotivasikan rakyat Warganegara Malaysia supaya saling memahami dan hormat menghormati serta bersatu padu untuk menentukan masa depan negara agar lebih gemilang, stabil dan aman damai.

Saya sungguh berterima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia yang gigih berusaha dan kita sayangi, YAB. Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana sokongan padu beliau kepada PAMM.

Begitu juga terima kasih tidak terhingga kepada Ketua Polis Negara, YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohamad Fuzi Harun, Ketua Polis Kuala Lumpur, YBhg. Dato’ Seri Mazlan Lazim serta semua pihak termasuk juga agensi Kerajaan, MEDIA, sukarelawan dan para PENAJA yang budiman yang terlibat dan membantu usaha PROGRAM KEMPEN CEGAH JENAYAH & RASUAH – MASYARAKAT BERINTEGRITI DAN SEJAHTERA.

Sekian, terima kasih.

YBhg. Dato’ Mohamad Mustaffa Idrus
Pengerusi PAMM


SEPINTAS LALU

PERTUBUHAN AKTIVIS MASYARAKAT MALAYSIA (PAMM) merupakan sebuah gabungan interaktif ahli-ahli badan-badan bukan kerajaan (NGO) seluruh Malaysia prihatin kepada hal ehwal pembangunan masyarakat dan menjadi penghubung antara masyarakat atau rakyat dengan kerajaan Negeri mahupun Persekutuan.

VISI
PAMM menjulang VISI untuk menjadi organisasi MASYARAKAT – NGO yang unggul a Malaysia dan mampu juga memainkan peranan ke peringkat antarabangsa.

MISI
PAMM sangat komited terhadap MISI menggerakkan aktliviti-aktiviti KEMASYARAKATAN ke arah membina MASYARAKAT SEJAHTERA selari dengan matlamat Kerajaan Malaysia Baru membangunkan negara yang kukuh ekonominya, harmoni rakyatnya dan aman damai.

PENDEKATAN
PAMM sentiasa menggunakan PENDEKATAN INOVATIF, KREATIF dan BEKERJASAMA dengan pelbagal pihak, iaitu kerajaan, korporat dan Masyarakat serta NGO berkaitan dalam melaksanakan program-program strategi kepada Masyarakat di seluruh negara.


LATAR BELAKANG KEMPEN

PAMM menghargai misi dan visi YAB Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang telah mensasarkan Malaysia menjadi Negara maju berteraskan penglibatan aktif masyarakat majmuk di seluruh negara.

Sehubungan dengan itu PAMM telah mengambil langkah proaktif menggerakkan inisiatif strategik ke arah ‘MENYEMAIKAN MINAT DAN KERJASAMA DALAM PROGRAM ‘KEMPEN CEGAH JENAYAH & RASUAH – MASYARAKAT BERINTEGRITI & SEJAHTERA’ DI BANDARAYA KUALA LUMPUR, WILAYAH PERSEKUTUAN.

Inisiatif bersepadu ini dilaksanakan sebagai PROGRAM KEMASYARAKATAN PAMM, PDRM, IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN KUALA LUMPUR DAN MASYARAKAT BANDARAYA KUALA LUMPUR.

Gerak kerja berteraskan kemasyarakatan ini juga menepati tema KERAJAAN MALAYSIA BARU hari ini yang menitikberatkan hubungan Kerjasama Masyarakat, NGO, Swasta dan Kerajaan dalam membangunkan persekitaran tempat tinggal, bekerja, belajar, berbelanja, beriadah dan rantaian aktiviti penghidupan selaras dengan konsep dan tema Hari Merdeka dan Hari Kebangsaan ‘Sayangi Malaysiaku

FOKUS KEMPEN

Program ini akan terbahagi kepada fokus berikut:-

Aktiviti bersepadu promosi kepada masyarakat, ‘KEMPEN CEGAH JENAYAH & RASUAH – MASYARAKAT BERETIKA & SEJAHTERA’ melalui MEDIA ARUS PERDANA DAN DIGITAL, PERHUBUNGAN AWAM, VIDEO, WEBSITE, PEMASANGAN BANNER serta PENERBITAN yang isinya akan memfokuskan kepada topik-topik kerjasama Pencegahan Jenayah di kalangan Masyarakat dan Polis.

Menggerakkan aktiviti-aktiviti UNIT KENDERAAN BERGERAK, SEMINAR DAN AKTIVITI-AKTIVITI KUMPULAN MASYARAKAT yang akan menyemai semangat dan motivasi Masyarakat, SWASTA serta Kerajaan untuk PEKA, KREATIF DAN PROAKTIF MELAKUKAN PENCEGAHAN JENAYAH DALAM PELBAGAI BENTUK DAN SKALA.

‘PENCEGAHAN JENAYAH BUKAN HANYA TANGGUNGJAWAB POLIS SAHAJA’.

‘BERSAMA MENCEGAH JENAYAH & RASUAH’

‘TIADA JENAYAH & RASUAH MASYARAKAT BERETIKA & SEJAHTERA’

‘Masyarakat perlu bergerak bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO), yang proaktif membantu mencegah jenayah dan tampil ke hadapan dalam pelbagai kaedah ke arah mewujudkan persekitaran yang selamat.’

Antara aktiviti-aktiviti yang dirancang untuk dilaksanakan adalah seperti berikut:-

Program Kesedaran Jenayah yang akan dilaksanakan di beberapa buah Kompleks Perniagaan dan juga Sekolah-Sekolah serta Pusat Pengajian Tinggi di Kuala Lumpur.

 Jenayah Salah Guna Dadah
 Jenayah Perdagangan Manusia
 Jenayah Ragut
 Jenayah Pecah Rumah
 Jenayah Mengotorkan Kawasan Perumahan
 Jenayah Gengstarisma
 Jenayah Gangguan Bising
 Jenayah Dera Kanak-Kanak
 Jenayah Gangguan Jalan Raya
 Jenayah Salah Guna Jalan Raya
 Jenayah Berat Terancang dan Tidak Terancang
 Jenayah Perjudian Haram, Pelacuran dan Pencolekan
 Jenayah Ekstremis

Program Seminar Kesedaran Jenayah Kolar Putih dan Jenayah Komersil termasuk Jenayah Penipuan Melalui Internet.

PROGRAM POLIS MESRA MASYARAKAT & NGO DAN JAWATANKUASA KEJIRANAN. Lawatan oleh YBhg. Datuk Seri Mazlan Lazim, Ketua Polis Kuala Lumpur ke beberapa kawasan yang akan dikenalpasti.

PROGRAM DERMA DARAH AKTIVIS MASYARAKAT, POLIS DAN POLIS BANTUAN.

Program MASYARAKAT DAN POLIS MESRA PELANCONG.

MAJLIS MAKAN MALAM ‘POLIS DAN AKTIVIS MASYARAKAT KUALA LUMPUR’ yang disusun untuk dihadiri oleh YAB Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Tetamu Kehormat.


GAMBAR-GAMBAR KEGIATAN PAMM

 


RAKAN-RAKAN STRATEGIK PAMM


LOGO-LOGO KEMPEN